Sapa kat sini suke tengok cerita Barbie walaupun dah besar macam saya.....angkat tangan!
Hehehee saya mmg suke! Baiklah....kat sini korang enjoy tengok yer..
Pada 18 - 20 Mei yang lalu saya dan kawan2 telah handle 1 kem di Gunung Senyum, Temerloh Pahang. Rakan2 yang bersama saya adalah fasilitator2 dari sebuah syarikat yang memang terkenal di kalangan sekolah2 di seluruh Malaysia ni.
Peserta pada hari tersebut pula terdiri dari pelajar2 dari SK Seri Selangor. Mereka ada 33 orang semuanya. Terdapat juga guru pengiring bersama mereka. 5 mereka kesemuanya. Aktiviti yang dijalankan pada hari itu mmg padat. Ditambah pula masakan ala kem dari salah seorang fasi membuatkan program berjalan dengan lancar tanpa ada banyak masalah. Kesemua mereka juga gembira.
Kemudahan yang ada di Gunung Senyum juga bolehlah tahan. Tidaklah mewah macam di resort tu tapi bolehlaaa kalau nak selesakan diri. Tempatnya juga terjaga cuma kita jer yang nak jaga keindahan alam semulajadi atau tak.
Antara aktiviti yang paling disukai ramai ialah Solo Night Walk. Hahahaha terkujat sorang sorang apabila unsur2 suspen dan seram dicampur! By the way, bolehlaaa korang enjoy dgn gambar2 di atas.
Wednesday, May 16, 2012
Happy Teachers Day to all my former teacher...jasamu akan kukenang hingga ke akhir hayat.
Maaflah ek sebab dah lama x update blog. Bukan takder masa tapi tak tau nak tulis apa. Kali ni punya entri especially awal bulan ni aku sedih sikit sebab ada dua kematian dalam keluargaku. Yang pertama ayah mertuaku yang telah pergi meninggalkan kami buat selama2nya pada awal pagi hari Khamis yang lepas. Bersamaan 3/5/2012. Yang kedua pula ialah nendaku sebelah bapa yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi selepas subuh. Bersamaan 6/5/2012. Sedih betul hati saya hari ni korang tau.