Followers

Wednesday, November 21, 2012

PREGNANT

Assalamualaikum. Lame dah x update blog ni kan? Mmg dah bersawang pon hehehehe. So, cheq nak pi clearkan sume sampah sarap n sawang yg ade nih!
Tajuk entry aku kali ni pasal PREGNANT. Sebab ape? Sebab aku dah disahkan pregnant kalo ikut ni dah 8 minggu dah. Mood skrg mmg kelaut. Kejap ok kejap tak ok. Alahan pula kejap ade kejap tak ade. Eh? Macam biskut chipsmore pulak :)
Ape tanda2 awal kehamilan? Meh sini aku kongsi sikit.

1. Payudara membengkak / terasa sakit Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua. 

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.


4. Lebih sensitif terhadap bauan 

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 


6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda. 


7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 

9. Kram 
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 

10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan temperatur tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat. 

13. Pusing atau pingsan 
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio. 

15. 
Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!



dah baca? korang ade tak simptom2 macam kat atas ni? ade ? tak de? or ade mengalami beberapa simptom2 macam yang aku tulis ni? 


Sunday, November 4, 2012

Baby Carriage Diaper Cake (How To Make)



Baru2 ni kan I ade terbaca dlm Majalah Nur yang I baru beli. Dalam tu ada ruangan kraf pasal ' Diaper Cake'. Korang pernah tengok tak? So, I pon carila dalam youtube n this is what I found! Hope uols enjoy it! Seyes! Cantik kan?????

Rezeki

Hoorayyyy!!!! Saya telah disahkan pregnant oleh doktor sudah 6 minggu! Now its time to counting days! Syukur di atas rezeki yang Allah berikan :)

Monday, October 22, 2012

Berdebarnye...

Saat ini di ketika ini dan di waktu ini sesungguhnya hatiku sungguh berdebar2 untuk mengetahui rahsia yang ntah bila aku nak rungkaikan. Adakah rezeki itu akan tiba atau tidak? Kita tunggu jelaaaa....

Friday, September 28, 2012

Update

Assalam...lama dah ku biarkan blog aku ni berhabuk. Tu la sapa suruh tak update hehehe. Mana xnya aku baru tau nak update pakai henpon ni haaa! So aku ni xdak citer baru sangatla. Just nak bgtau yg aku dah pandai berenang sikit2. Tahap beginnerla katakan kui..kui! Orang bandar cam aku ni mana nak retinya kalo asik dok bergelumang atas tanah. Kat kl ni mana nak pi cari parit @ sungai depan rumah? Habaq mai kat aku.. Bila balik kampung kadang2ku jeles gak tengok kazen aku dok berenang di parit. Tp tu dulu, skrg sapa pon x mau dah mandi di parit yg warnanya sekarang mengalahkan warna teh tarik. Ntah2 ada buaya x? Ish, takut aku! Oklah, nnti aku try update lg naa :)

Monday, July 2, 2012

Xtvt hujung minggu

Semalam my husband buang tebiat bangun pagi nak pi main badminton dgn familinya. Oklah ai pon sukeee! Lepas tu kami pi Zoo Negara bawa Si Cempaka Balqis ni pi tengok binatang2 yg ada di situ. Hahahaha su ke tengok reaksinya yg suke menjerit nyaring bile tengok binatang tu. Paling best bila dia kasi makan tebu 2 kali kat gajah. Luas jugak zoo negara ni. Bila penat ingat nak duduk jap tp si balqis ni tak kasi rehat pulak. Terpaksalah kami jalan kaki ronda2 itu satu zoo negara. Bila dah penat jalan kami naik tram pulak. Fuhh! legeeee. lepas tu bawa si balqis ni pi main jap kat playground kat kawasan rumah. Amboii sukenye dia! Dah penat tu barulah dapat tengok dia tido awal hehehehe. Sekian tuk hari ni.

Saturday, June 30, 2012

Third Treatment

Kejap lagi nak pergi for third treatment. Tak sabarnya nak tengok perubahan huhu! Anyway baru nak masuk 3 kali how nak nampak any change kan? Sabar ekkk...

Friday, June 29, 2012

Aku Suka Dia - Ainan Tasneem (Original)



Saja nak kongsi dengan korang lagu ni. Suka dengar sebab bagi aku lagu ni sweet sangat sangat!
Enjoy la ek!

Assalamualaikum

As Salam.. Sorry sebab dah lama tak update blog ni. Takde masa dan selalu terlupa nak update laaa. Hahahaha ok tak reason tuh? Actually, sekarang ni dalam proses nak menguruskan badan. Semalam my first session kat slimming centre. Ada lagi 4 and maybe nak tambah lagi 23 session pulak lepas tu. Hehehe tq to mr. hubby!

Thursday, May 24, 2012

Pic2 tika daku menjadi fasilitator (Part 2)

Antara aktiviti yang telah dijalankan di Gua Tempurung oleh students2 from MGS.

Penerangan dari fasi sebelum memulakan aktiviti


Students mendengar taklimat dari Kem Komandan tentang survive di dalam hutan


Aktiviti memasak roti lilit dan telur rebus. Agak2 korang menjadi tak?

Pic2 tika daku menjadi fasilitator (Part 1)

Convent Girl School ~ Tengah bina menara dari newspaper

SMK Seri Bintang Selatan ~ Bina menara dari belon pulak

SMK Seri Bintang Selatan ~ Persembahan lakonan yang mantap!

Methodist Girl School ~ Memasak roti lilit dan telur rebus sewaktu perkhemahan

MGS ~ Tapak perkhemahan

Wednesday, May 23, 2012

Barbie: Princess Charm School (Full Movie 2011 - English)



Sapa kat sini suke tengok cerita Barbie walaupun dah besar macam saya.....angkat tangan!
Hehehee saya mmg suke! Baiklah....kat sini korang enjoy tengok yer..
Pada 18 - 20 Mei yang lalu saya dan kawan2 telah handle 1 kem di Gunung Senyum, Temerloh Pahang. Rakan2 yang bersama saya adalah fasilitator2 dari sebuah syarikat yang memang terkenal di kalangan sekolah2 di seluruh Malaysia ni. Peserta pada hari tersebut pula terdiri dari pelajar2 dari SK Seri Selangor. Mereka ada 33 orang semuanya. Terdapat juga guru pengiring bersama mereka. 5 mereka kesemuanya. Aktiviti yang dijalankan pada hari itu mmg padat. Ditambah pula masakan ala kem dari salah seorang fasi membuatkan program berjalan dengan lancar tanpa ada banyak masalah. Kesemua mereka juga gembira. Kemudahan yang ada di Gunung Senyum juga bolehlah tahan. Tidaklah mewah macam di resort tu tapi bolehlaaa kalau nak selesakan diri. Tempatnya juga terjaga cuma kita jer yang nak jaga keindahan alam semulajadi atau tak. Antara aktiviti yang paling disukai ramai ialah Solo Night Walk. Hahahaha terkujat sorang sorang apabila unsur2 suspen dan seram dicampur! By the way, bolehlaaa korang enjoy dgn gambar2 di atas.

Wednesday, May 16, 2012

Happy Teachers Day to all my former teacher...jasamu akan kukenang hingga ke akhir hayat.

Thursday, May 10, 2012

Sunday, May 6, 2012

Kesedihan...

Maaflah ek sebab dah lama x update blog. Bukan takder masa tapi tak tau nak tulis apa. Kali ni punya entri especially awal bulan ni aku sedih sikit sebab ada dua kematian dalam keluargaku. Yang pertama ayah mertuaku yang telah pergi meninggalkan kami buat selama2nya pada awal pagi hari Khamis yang lepas. Bersamaan 3/5/2012. Yang kedua pula ialah nendaku sebelah bapa yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi selepas subuh. Bersamaan 6/5/2012. Sedih betul hati saya hari ni korang tau.

Wednesday, April 25, 2012

Hari ni nak layan lagu dari 3 suara (Shila Amzah, Ning Baizura dan Jacqueline Victor)


Friday, April 13, 2012

Kem Desa Selesa

Okeh okeh ai nak citer mase ai jadi fasilitator kat Kem Desa Selesa, Ulu Bernam. Sungguh best okeh! Ade seramai 45 orang pelajar dari SMK Seri Bintang Selatan yang datang join kem ni. Dorang ni pandai2 tau cume rase rendah diri sikit dgn kaum cina terutamanya. So objektif kem ni ialah menaikkan kembali semangat juang mereka sesama sendiri dan antara kaum2 yang lain.

Pelbagai aktiviti yang dorang sertai antaranya LDK (latihan dalam kumpulan), Solo night walk, Jungle Trackking, River Tracking, Telematch dll. Gembira betul ai bila tengok kegembiraan yang terpamer di wajah2 mereka. Cayalah!

Baiklah setakat ini dulu yer. Next time aktiviti ai akan citer lagi.

Friday, April 6, 2012

Outing

Assalamualaikum....

Ok..harini ni sampai Ahad saya akan berada di Kem Desa Selesa. Kenapa ek saya ada kat situ? Apa yang saya nak buat kat situ? Sebabkan....saya jadi fasilitator freelance. Hari ni saya kena handle kem kat situ. Kat mana Kem Desa Selesa tu? Kat Ulu Bernam, Tanjung Malim yer kekawan semua.

Hari ni tak boleh nak tulis banyak2 sebab nak packing barang. Kenalah prepare awal2 satgi karang ade jer benda tertinggal. Nanti balik dari kem tu saya akan story mory banyak2 sikit yer. Tunggu....
Tapi sebelum tu saya nak singgah blog kawan saya dulu tau.

Kila! I'm coming..........!

Tuesday, March 27, 2012

Cuti cuti bersama family

Hari ahad yang lepas kitorang actually tak plan nak pegi mana mana lagi. Tup tup my daddy call ajak pi Air Terjun Chamang. Terdetik juga dalam hati ' best ker tempat tu?' since my brother n my parents yang dah pegi sana cakap tempat tu cantik. "Ok, Set!" Aku cakap. Kitorang bertolaklah dengan 1 kereta sebab yang pergi cuma aku, suami dan baby also my parents.

Bila dah sampai area perkampungan tetiba suamiku ajak makan sebab perutya dah berkeroncong. Itulah sapa suruh tak sarapan pagi tadi. Singgahlah satu kedai mamak ni nama Restoran Al- Sheikh. Suamiku makan nasi goreng yang tak berapa sedap dan my parents makan nasi campur berlaukkan daging kambing. Aku? Aku tak makan hehehe.... Lepas dah dorang makan baru sambung perjalanan kami yang tak berapa nak jauh lagi nih.

Akhirnya kami dah sampai pun di Air Terjun Chamang tu. Memang cun arr tempat ni beb! Sesuai untuk berrekreasi dan merehatkan minda yang tengah kusut. Air terjunnya memang cantik dan mengalir deras dari atas bukit. Bunyi air terjun tu pulak sunnguh menggamit hati. Airnyer jangan cakaplah memang sejuk woooo! Aku pon apa lagi....merendamkan badanlah. Kira dah lama jugak aku tak bersantai macam ni di air terjun.
Walaupun kawasan air terjun ni menarik tapi aku tak galakkan bawa kanak kanak di bawah usia 5 tahun sebab kawasan air terjun ni ada cetek dan ada tempat dalam. Kawasan dekat dengan air terjun pulak agak bahaya sedikit sebab banyak batu batan. Namun begitu, kemudahan bilik air dan bilik mandi kat sini sememangnya dijaga rapi oleh pihak pengurusan. Tempat parking pon luas. Paling best jambatan gantung yang ada disitu. Bukan apa aku siap main henjut henjut lagi kat situ tak bagi my mom jalan dengan penuh seimbang heheheh. Jahat tak aku? Rupa rupanya my dad dan suamiku pula juga main henjut henjut di belakang aku. Huh!
Ok apa kata korang layan dulu kat bawah ni gambar gambar di air terjun yer:





Inilah air terjunnyer. Cantik tak?











Pemandangan dari jambatan gantung



Tempat parking yang luas


Kat atas sebelah kanan adalah bilik air dan yang sebelah kiri tu ialah bilik mandi

Dah puas bermandi manda kami pon berangkat pulang. on the way nak balik rumah kami singgah jap kat Colmar. Saje bawa my parents pi sana :). Takde aktiviti pon boleh dibuat disana kecuali meronda kawasan.

Monday, March 26, 2012

Eczema Part 2

Assalamualaikum....
Ok hari ni nak sambung lg pasal topik ni di atas yer. Babyku adalah kena tahan warded dalam 4 hari gitu. Lepas dapat discharged kami pon jagalah anak kami yang ekzema teruk dengan ubatan yang telah dibekalkan oleh doktor iaitu Elomet Cream dengan Aquoeus Cream.

Elomet Cream

Aqueous Cream

Tang Elomet Cream tu cuma perlu sapu sekali sehari jer. Paling elok sapu sebelum tido. Sapu kat bintik2 merah jer. Tang Aqueous Cream plak kena sapu satu badan sebab dia moisturizer. kulit baby ekzema ni kena sentiasa lembap tak boleh kering. Nanti dia lagi gatal. Selain itu aku mandikan anak aku dengan produk jenama Halos N Horns dari US. Brand ni susah nak dapat kat Malaysia. Aku suka sebab ia dibuat khas untuk orang yang berkulit sensitif tertumanya ekzema. Sebab babyku tak boleh pakai sabun biasa yang ada bermacam2 bahan kimia. Kadang2 aku sapukan kulit dia dengan pelembab organik jenama Badger.

Halos N Horns Baby Bath
Halos N Horns Baby Bath

Badger Baby Balm

Selain itu juga doktor cakap supaya baby aku still terus menyusu susu lembu base tapi ada HA (HypoAllergenic). Dia tak kasi tukar kepada kacang soya base sebab kandungan nutrien yang ada dalam kacang soya base adalah kurang berbanding susu lembu base. So aku bagi anak aku minum Enfalac HA. Doktor suruh bagi minum sampai umur babyku setahun. Lepas setahun dia suruh tukar kepada jenama biasa. Kalau ok baguslah tapi kalau tak kenalah teruskan lagi.

Susu ni teramatlah mahal :(

Dengan produk2 itulah aku menjaga anakku dengan penuh kasih sayang. Biar mama n papa pokai janji anak kami sihat. Lepas setahun kulit anak kami dah jadi licin selicin licinnya! Yeay!!!!! Susu pon dah boleh tukar susu biasa. Sekarang kami bagi susu brand Dumex aja. Alhamdulillah!

Okeh! Sampai di sini aja malam ni sebab aku dah ketandusan idea hahahahaha!



Sunday, March 25, 2012

Eczema

Hari ni aku nak cerita pasal ekzema. Kenapa ekzema? Saje aku nak cerita pasal ni pepagi hahahaha!Ok apa yang korang tau pasal ekzema ni. Kat sini aku akan bagi definisinya.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Untuk definisi kedua yang lebih terperinci pula boleh refer disini.

So now aku nak cerita pasal anak aku yang dilahirkan memang dah ada ekzema nih. Bila babyku berusia 2 bulan baru aku sedar yang pipi dia naik ruam2 kecil dan merah. Aku pulak tak tau masa tu dia ada ekzema. Patutlah aku tengok dia asik menggosok2kan pipinya itu. Nasib tangan dia bersarung lagi. Aku ingatkan cuma ada kat muka je tapi rupanya dah 1 badan. Tapi aku cuma diberi kesedaran lepas anak aku demam panas hingga terpaksa di bawa ke hospital. Terus kena tahan wad sebab doktor syak dia ada "bulging fontanelle." So doktor pun nak cucuklah anak akukan sbb nak buat line. Menjerit2 babyku kat dalam tu sbb doktor tak kasi tengok. Adalah dalam 1 jam. Aku yang dengar dari luar ni rasa dah nak nanges dah wuwuwuwu.

Dah lepas 1 jam tu para doktor kat Emergency Unit still tak dapat buat line kat anak aku n terus dia hantar my baby pergi ke wad paedriatik pula. Kat situ ada sorang doktor pakar cuba membuat tapi lepas 40 minit dia cuba, dia keluar n tanya aku boleh tak nak buat line kat kepala my baby? reason dia sbb selain dari kepala whole body baby aku tu tak nampak urat sbb kulit dia tebal. Yerlahkan dia ekzema. Aku dan suami takdak pilihan so kami benarkan.

Korang kesian tak dengan my baby?

Ok setakat ni dulu. Nanti aku sambung kat next entry pulak yer. Tungguuuuuu......

Saturday, March 24, 2012

Lagu kanak kanak Saya Ada Kuda



Haa inilah lagu kegemaran anak saya Cempaka Balqis. Memula aku pon hairan apa yg best sgt tp lpsku hayati liriknya aku tergelak! Lawak giler!!!
Tapi tu yang anak aku suke terpaksela aku layankan jugak jugak......hahahhahaha!

So korang...meh enjoy dengar lagi ni sama sama ek?
Layannnnnn......

Friday, March 23, 2012

Jom Join 1st GA MyMommashop

Eeeee.....ni my 1st also wanna join ini GA. Sebelum ni manalah nak join mana-mana kan sbb diri sendiri malas nak update blog. Hahahaha kan dah padan muka aku sendiri!
Ok GA ni baru jer start so harap2lah I'll be lucky one! Macam mana nak join kontes ni? Senang jer.

Memula uolss kena like page ni dulu http://mymommashop.blogspot.com/ ( ai dah!)
Lepas tu ade syarat-syarat penyertaan iaitu:

1.Buat 1 entry bertajuk "Jom Join 1st GA MyMommashop"

2.Copy banner di atas dan letakkan di sidebar dan link ke entry ini

3.Jadi Follower http://mymommashop.blogspot.com/ ( ai dah!)


4."Like" page fb mymommashop at
5.Tag 3 org blogger dan pastikan mereka tahu mereka telah di Tag

Yang bertuah telah di tag oleh ai ialah:
6.Last sekali jgn lupe tinggalkan komen berserta link entry dan id follower korang hanya di entry ini (beres!)

Hadiah :
1 X Pemenang Utama
2 X Pemenang Saguhati
Mudah kan..so mari beramai2 join 1st GA ni.

Tempoh GA ini adalah start 20th March 2012 hingga 19th April 2012.
Hadiah? Semestinya yang menarik dan berbaloi untuk dimenangi.
Hadiah akan diumumkan sedikit masa lagi. Pemenang akan dipilih secara random :).
Jangan lepaskan peluang, Jom Join!

Ayam Goreng Banjar

Bahan2:
1/2 Ayam
Air asam jawa - 1 cawan besar
Garam Secukup rasa
2 ulas bawang besar
2 biji cili merah dihiris kecil2
2 tangkai daun bawang dihiris kecil2
Minyak masak

Cara memasak:
Rebus ayam dengan air asam jawa dan masukkan garam.
Rebus sampai air kering. Bila air dakh kering, masukkan sedikit minyak masak tuk buat kuah sedikit kemudian goreng ayam tu. Masukkan bawang tadi dan goreng bersama ayam tadi sampai bawang layu. Akhir sekali masukkan cili merah bersama daun bawang. Kacau seketika. Dah siap!
Ni masakan survivor kalau brg dapur hampir habis hehehehe

Thursday, March 22, 2012

AIR MATA MENITIS KETIKA MENDENGAR CERAMAH Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ...



Sebak pulak bila dengar isi ceramah ni. Betul! Kesedaran macam ni harus ada bagi setiap ibu bapa. Bukan tanggungjawab untuk membesarkan anak sahaja yang patut kita fikir tetapi akhlak anak2 harus juga dibentuk dari kecil agar menjadi orang islam yang beriman. Aku bukannya pandai. Itu aku akui. Aku juga harus belajar banyak perkara supaya anak2 aku nanti bila aku tinggalkan sudah aku bekalkan dengan ilmu agama yang secukupnya.

Aku juga berharap bila aku meninggal nanti.....aku nak suami dan anak2 aku yang memandikanku, mengafankanku, menyembahyangkanku juga mengiringiku hingga ke tempat persemadianku. Selepas itu mendoakanku. Aku berharap. Pada suamiku akan kuberbuat perkara yang serupa. Jika kita berdua pula...harap2 anak2 kami pun berbuat begitu juga. InsyaAllah.

Buat masa ini....ku berdoa agar seluruh keluargaku berada di bawah lindunganNya. Amin....

Wednesday, March 21, 2012

Ya Allah!

Ya Allah! Ya Tuhanku! Kenapa baru sekarang nak sedar? My ex-officemate telah meninggal dunia kerana dilanggar lari sewaktu berbasikal pada hari Ahad yang lepas. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Al-Fatihah....

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=WitUiwJeZcA

Kemalangan

Air liur baby meleleh

Semenjak dua menjak ni air liur my bby asik meleleh jer. Nak tumbuh gigi baru ker? Tengah2 menggoogle cara2 nak redakan air liur yg asik meleh for my baby ni ai terjumpa 1 entry nih.

Akak Nursery : Ape yang Iela tak dapat masa mengandong nih..sian kat Mareesa
I: Entahlah kak,rasanya semua saya dah dapat..
Akak Nursery: Cubalah petua ni,curik garam kat rumah orang lain,amik sikit je pastu bagi baby rasa skit ..tapi jangan sampai owner garam tuh tau..nak curik kat nursery dah tak leh,sebab akak dah bagitau..hehehehehe (leh lak buat lawak)
I: InsyAllah ye kak..

Hahahaha betul ker nih? Rase mcm nak try jer kot2 menjadi.... Nampaknye kena tunggu weekendlah ni baru balik sana.