Followers

Monday, March 26, 2012

Eczema Part 2

Assalamualaikum....
Ok hari ni nak sambung lg pasal topik ni di atas yer. Babyku adalah kena tahan warded dalam 4 hari gitu. Lepas dapat discharged kami pon jagalah anak kami yang ekzema teruk dengan ubatan yang telah dibekalkan oleh doktor iaitu Elomet Cream dengan Aquoeus Cream.

Elomet Cream

Aqueous Cream

Tang Elomet Cream tu cuma perlu sapu sekali sehari jer. Paling elok sapu sebelum tido. Sapu kat bintik2 merah jer. Tang Aqueous Cream plak kena sapu satu badan sebab dia moisturizer. kulit baby ekzema ni kena sentiasa lembap tak boleh kering. Nanti dia lagi gatal. Selain itu aku mandikan anak aku dengan produk jenama Halos N Horns dari US. Brand ni susah nak dapat kat Malaysia. Aku suka sebab ia dibuat khas untuk orang yang berkulit sensitif tertumanya ekzema. Sebab babyku tak boleh pakai sabun biasa yang ada bermacam2 bahan kimia. Kadang2 aku sapukan kulit dia dengan pelembab organik jenama Badger.

Halos N Horns Baby Bath
Halos N Horns Baby Bath

Badger Baby Balm

Selain itu juga doktor cakap supaya baby aku still terus menyusu susu lembu base tapi ada HA (HypoAllergenic). Dia tak kasi tukar kepada kacang soya base sebab kandungan nutrien yang ada dalam kacang soya base adalah kurang berbanding susu lembu base. So aku bagi anak aku minum Enfalac HA. Doktor suruh bagi minum sampai umur babyku setahun. Lepas setahun dia suruh tukar kepada jenama biasa. Kalau ok baguslah tapi kalau tak kenalah teruskan lagi.

Susu ni teramatlah mahal :(

Dengan produk2 itulah aku menjaga anakku dengan penuh kasih sayang. Biar mama n papa pokai janji anak kami sihat. Lepas setahun kulit anak kami dah jadi licin selicin licinnya! Yeay!!!!! Susu pon dah boleh tukar susu biasa. Sekarang kami bagi susu brand Dumex aja. Alhamdulillah!

Okeh! Sampai di sini aja malam ni sebab aku dah ketandusan idea hahahahaha!



2 comments:

  1. acousin aku enzema teruk gak.. tp disebabkan dulu aku staf healin so aku bg dia pakai minyak petroleum n minum gamat yg ada klorofil.. alhamdullillah.. ilang utk selamanya.. coz enzema ni xda ubat... selain pd pntng mkn n minum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kila. Eczema mmg takkan sembuh sepenuhnya. Kena kawal.

      Delete