Followers

Sunday, March 25, 2012

Eczema

Hari ni aku nak cerita pasal ekzema. Kenapa ekzema? Saje aku nak cerita pasal ni pepagi hahahaha!Ok apa yang korang tau pasal ekzema ni. Kat sini aku akan bagi definisinya.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Untuk definisi kedua yang lebih terperinci pula boleh refer disini.

So now aku nak cerita pasal anak aku yang dilahirkan memang dah ada ekzema nih. Bila babyku berusia 2 bulan baru aku sedar yang pipi dia naik ruam2 kecil dan merah. Aku pulak tak tau masa tu dia ada ekzema. Patutlah aku tengok dia asik menggosok2kan pipinya itu. Nasib tangan dia bersarung lagi. Aku ingatkan cuma ada kat muka je tapi rupanya dah 1 badan. Tapi aku cuma diberi kesedaran lepas anak aku demam panas hingga terpaksa di bawa ke hospital. Terus kena tahan wad sebab doktor syak dia ada "bulging fontanelle." So doktor pun nak cucuklah anak akukan sbb nak buat line. Menjerit2 babyku kat dalam tu sbb doktor tak kasi tengok. Adalah dalam 1 jam. Aku yang dengar dari luar ni rasa dah nak nanges dah wuwuwuwu.

Dah lepas 1 jam tu para doktor kat Emergency Unit still tak dapat buat line kat anak aku n terus dia hantar my baby pergi ke wad paedriatik pula. Kat situ ada sorang doktor pakar cuba membuat tapi lepas 40 minit dia cuba, dia keluar n tanya aku boleh tak nak buat line kat kepala my baby? reason dia sbb selain dari kepala whole body baby aku tu tak nampak urat sbb kulit dia tebal. Yerlahkan dia ekzema. Aku dan suami takdak pilihan so kami benarkan.

Korang kesian tak dengan my baby?

Ok setakat ni dulu. Nanti aku sambung kat next entry pulak yer. Tungguuuuuu......

No comments:

Post a Comment