Followers

Thursday, March 22, 2012

AIR MATA MENITIS KETIKA MENDENGAR CERAMAH Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ...



Sebak pulak bila dengar isi ceramah ni. Betul! Kesedaran macam ni harus ada bagi setiap ibu bapa. Bukan tanggungjawab untuk membesarkan anak sahaja yang patut kita fikir tetapi akhlak anak2 harus juga dibentuk dari kecil agar menjadi orang islam yang beriman. Aku bukannya pandai. Itu aku akui. Aku juga harus belajar banyak perkara supaya anak2 aku nanti bila aku tinggalkan sudah aku bekalkan dengan ilmu agama yang secukupnya.

Aku juga berharap bila aku meninggal nanti.....aku nak suami dan anak2 aku yang memandikanku, mengafankanku, menyembahyangkanku juga mengiringiku hingga ke tempat persemadianku. Selepas itu mendoakanku. Aku berharap. Pada suamiku akan kuberbuat perkara yang serupa. Jika kita berdua pula...harap2 anak2 kami pun berbuat begitu juga. InsyaAllah.

Buat masa ini....ku berdoa agar seluruh keluargaku berada di bawah lindunganNya. Amin....

No comments:

Post a Comment