Followers

Tuesday, March 27, 2012

Cuti cuti bersama family

Hari ahad yang lepas kitorang actually tak plan nak pegi mana mana lagi. Tup tup my daddy call ajak pi Air Terjun Chamang. Terdetik juga dalam hati ' best ker tempat tu?' since my brother n my parents yang dah pegi sana cakap tempat tu cantik. "Ok, Set!" Aku cakap. Kitorang bertolaklah dengan 1 kereta sebab yang pergi cuma aku, suami dan baby also my parents.

Bila dah sampai area perkampungan tetiba suamiku ajak makan sebab perutya dah berkeroncong. Itulah sapa suruh tak sarapan pagi tadi. Singgahlah satu kedai mamak ni nama Restoran Al- Sheikh. Suamiku makan nasi goreng yang tak berapa sedap dan my parents makan nasi campur berlaukkan daging kambing. Aku? Aku tak makan hehehe.... Lepas dah dorang makan baru sambung perjalanan kami yang tak berapa nak jauh lagi nih.

Akhirnya kami dah sampai pun di Air Terjun Chamang tu. Memang cun arr tempat ni beb! Sesuai untuk berrekreasi dan merehatkan minda yang tengah kusut. Air terjunnya memang cantik dan mengalir deras dari atas bukit. Bunyi air terjun tu pulak sunnguh menggamit hati. Airnyer jangan cakaplah memang sejuk woooo! Aku pon apa lagi....merendamkan badanlah. Kira dah lama jugak aku tak bersantai macam ni di air terjun.
Walaupun kawasan air terjun ni menarik tapi aku tak galakkan bawa kanak kanak di bawah usia 5 tahun sebab kawasan air terjun ni ada cetek dan ada tempat dalam. Kawasan dekat dengan air terjun pulak agak bahaya sedikit sebab banyak batu batan. Namun begitu, kemudahan bilik air dan bilik mandi kat sini sememangnya dijaga rapi oleh pihak pengurusan. Tempat parking pon luas. Paling best jambatan gantung yang ada disitu. Bukan apa aku siap main henjut henjut lagi kat situ tak bagi my mom jalan dengan penuh seimbang heheheh. Jahat tak aku? Rupa rupanya my dad dan suamiku pula juga main henjut henjut di belakang aku. Huh!
Ok apa kata korang layan dulu kat bawah ni gambar gambar di air terjun yer:





Inilah air terjunnyer. Cantik tak?











Pemandangan dari jambatan gantung



Tempat parking yang luas


Kat atas sebelah kanan adalah bilik air dan yang sebelah kiri tu ialah bilik mandi

Dah puas bermandi manda kami pon berangkat pulang. on the way nak balik rumah kami singgah jap kat Colmar. Saje bawa my parents pi sana :). Takde aktiviti pon boleh dibuat disana kecuali meronda kawasan.

No comments:

Post a Comment