Followers

Tuesday, March 27, 2012

Cuti cuti bersama family

Hari ahad yang lepas kitorang actually tak plan nak pegi mana mana lagi. Tup tup my daddy call ajak pi Air Terjun Chamang. Terdetik juga dalam hati ' best ker tempat tu?' since my brother n my parents yang dah pegi sana cakap tempat tu cantik. "Ok, Set!" Aku cakap. Kitorang bertolaklah dengan 1 kereta sebab yang pergi cuma aku, suami dan baby also my parents.

Bila dah sampai area perkampungan tetiba suamiku ajak makan sebab perutya dah berkeroncong. Itulah sapa suruh tak sarapan pagi tadi. Singgahlah satu kedai mamak ni nama Restoran Al- Sheikh. Suamiku makan nasi goreng yang tak berapa sedap dan my parents makan nasi campur berlaukkan daging kambing. Aku? Aku tak makan hehehe.... Lepas dah dorang makan baru sambung perjalanan kami yang tak berapa nak jauh lagi nih.

Akhirnya kami dah sampai pun di Air Terjun Chamang tu. Memang cun arr tempat ni beb! Sesuai untuk berrekreasi dan merehatkan minda yang tengah kusut. Air terjunnya memang cantik dan mengalir deras dari atas bukit. Bunyi air terjun tu pulak sunnguh menggamit hati. Airnyer jangan cakaplah memang sejuk woooo! Aku pon apa lagi....merendamkan badanlah. Kira dah lama jugak aku tak bersantai macam ni di air terjun.
Walaupun kawasan air terjun ni menarik tapi aku tak galakkan bawa kanak kanak di bawah usia 5 tahun sebab kawasan air terjun ni ada cetek dan ada tempat dalam. Kawasan dekat dengan air terjun pulak agak bahaya sedikit sebab banyak batu batan. Namun begitu, kemudahan bilik air dan bilik mandi kat sini sememangnya dijaga rapi oleh pihak pengurusan. Tempat parking pon luas. Paling best jambatan gantung yang ada disitu. Bukan apa aku siap main henjut henjut lagi kat situ tak bagi my mom jalan dengan penuh seimbang heheheh. Jahat tak aku? Rupa rupanya my dad dan suamiku pula juga main henjut henjut di belakang aku. Huh!
Ok apa kata korang layan dulu kat bawah ni gambar gambar di air terjun yer:





Inilah air terjunnyer. Cantik tak?











Pemandangan dari jambatan gantung



Tempat parking yang luas


Kat atas sebelah kanan adalah bilik air dan yang sebelah kiri tu ialah bilik mandi

Dah puas bermandi manda kami pon berangkat pulang. on the way nak balik rumah kami singgah jap kat Colmar. Saje bawa my parents pi sana :). Takde aktiviti pon boleh dibuat disana kecuali meronda kawasan.

Monday, March 26, 2012

Eczema Part 2

Assalamualaikum....
Ok hari ni nak sambung lg pasal topik ni di atas yer. Babyku adalah kena tahan warded dalam 4 hari gitu. Lepas dapat discharged kami pon jagalah anak kami yang ekzema teruk dengan ubatan yang telah dibekalkan oleh doktor iaitu Elomet Cream dengan Aquoeus Cream.

Elomet Cream

Aqueous Cream

Tang Elomet Cream tu cuma perlu sapu sekali sehari jer. Paling elok sapu sebelum tido. Sapu kat bintik2 merah jer. Tang Aqueous Cream plak kena sapu satu badan sebab dia moisturizer. kulit baby ekzema ni kena sentiasa lembap tak boleh kering. Nanti dia lagi gatal. Selain itu aku mandikan anak aku dengan produk jenama Halos N Horns dari US. Brand ni susah nak dapat kat Malaysia. Aku suka sebab ia dibuat khas untuk orang yang berkulit sensitif tertumanya ekzema. Sebab babyku tak boleh pakai sabun biasa yang ada bermacam2 bahan kimia. Kadang2 aku sapukan kulit dia dengan pelembab organik jenama Badger.

Halos N Horns Baby Bath
Halos N Horns Baby Bath

Badger Baby Balm

Selain itu juga doktor cakap supaya baby aku still terus menyusu susu lembu base tapi ada HA (HypoAllergenic). Dia tak kasi tukar kepada kacang soya base sebab kandungan nutrien yang ada dalam kacang soya base adalah kurang berbanding susu lembu base. So aku bagi anak aku minum Enfalac HA. Doktor suruh bagi minum sampai umur babyku setahun. Lepas setahun dia suruh tukar kepada jenama biasa. Kalau ok baguslah tapi kalau tak kenalah teruskan lagi.

Susu ni teramatlah mahal :(

Dengan produk2 itulah aku menjaga anakku dengan penuh kasih sayang. Biar mama n papa pokai janji anak kami sihat. Lepas setahun kulit anak kami dah jadi licin selicin licinnya! Yeay!!!!! Susu pon dah boleh tukar susu biasa. Sekarang kami bagi susu brand Dumex aja. Alhamdulillah!

Okeh! Sampai di sini aja malam ni sebab aku dah ketandusan idea hahahahaha!



Sunday, March 25, 2012

Eczema

Hari ni aku nak cerita pasal ekzema. Kenapa ekzema? Saje aku nak cerita pasal ni pepagi hahahaha!Ok apa yang korang tau pasal ekzema ni. Kat sini aku akan bagi definisinya.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Untuk definisi kedua yang lebih terperinci pula boleh refer disini.

So now aku nak cerita pasal anak aku yang dilahirkan memang dah ada ekzema nih. Bila babyku berusia 2 bulan baru aku sedar yang pipi dia naik ruam2 kecil dan merah. Aku pulak tak tau masa tu dia ada ekzema. Patutlah aku tengok dia asik menggosok2kan pipinya itu. Nasib tangan dia bersarung lagi. Aku ingatkan cuma ada kat muka je tapi rupanya dah 1 badan. Tapi aku cuma diberi kesedaran lepas anak aku demam panas hingga terpaksa di bawa ke hospital. Terus kena tahan wad sebab doktor syak dia ada "bulging fontanelle." So doktor pun nak cucuklah anak akukan sbb nak buat line. Menjerit2 babyku kat dalam tu sbb doktor tak kasi tengok. Adalah dalam 1 jam. Aku yang dengar dari luar ni rasa dah nak nanges dah wuwuwuwu.

Dah lepas 1 jam tu para doktor kat Emergency Unit still tak dapat buat line kat anak aku n terus dia hantar my baby pergi ke wad paedriatik pula. Kat situ ada sorang doktor pakar cuba membuat tapi lepas 40 minit dia cuba, dia keluar n tanya aku boleh tak nak buat line kat kepala my baby? reason dia sbb selain dari kepala whole body baby aku tu tak nampak urat sbb kulit dia tebal. Yerlahkan dia ekzema. Aku dan suami takdak pilihan so kami benarkan.

Korang kesian tak dengan my baby?

Ok setakat ni dulu. Nanti aku sambung kat next entry pulak yer. Tungguuuuuu......

Saturday, March 24, 2012

Lagu kanak kanak Saya Ada Kuda



Haa inilah lagu kegemaran anak saya Cempaka Balqis. Memula aku pon hairan apa yg best sgt tp lpsku hayati liriknya aku tergelak! Lawak giler!!!
Tapi tu yang anak aku suke terpaksela aku layankan jugak jugak......hahahhahaha!

So korang...meh enjoy dengar lagi ni sama sama ek?
Layannnnnn......

Friday, March 23, 2012

Jom Join 1st GA MyMommashop

Eeeee.....ni my 1st also wanna join ini GA. Sebelum ni manalah nak join mana-mana kan sbb diri sendiri malas nak update blog. Hahahaha kan dah padan muka aku sendiri!
Ok GA ni baru jer start so harap2lah I'll be lucky one! Macam mana nak join kontes ni? Senang jer.

Memula uolss kena like page ni dulu http://mymommashop.blogspot.com/ ( ai dah!)
Lepas tu ade syarat-syarat penyertaan iaitu:

1.Buat 1 entry bertajuk "Jom Join 1st GA MyMommashop"

2.Copy banner di atas dan letakkan di sidebar dan link ke entry ini

3.Jadi Follower http://mymommashop.blogspot.com/ ( ai dah!)


4."Like" page fb mymommashop at
5.Tag 3 org blogger dan pastikan mereka tahu mereka telah di Tag

Yang bertuah telah di tag oleh ai ialah:
6.Last sekali jgn lupe tinggalkan komen berserta link entry dan id follower korang hanya di entry ini (beres!)

Hadiah :
1 X Pemenang Utama
2 X Pemenang Saguhati
Mudah kan..so mari beramai2 join 1st GA ni.

Tempoh GA ini adalah start 20th March 2012 hingga 19th April 2012.
Hadiah? Semestinya yang menarik dan berbaloi untuk dimenangi.
Hadiah akan diumumkan sedikit masa lagi. Pemenang akan dipilih secara random :).
Jangan lepaskan peluang, Jom Join!

Ayam Goreng Banjar

Bahan2:
1/2 Ayam
Air asam jawa - 1 cawan besar
Garam Secukup rasa
2 ulas bawang besar
2 biji cili merah dihiris kecil2
2 tangkai daun bawang dihiris kecil2
Minyak masak

Cara memasak:
Rebus ayam dengan air asam jawa dan masukkan garam.
Rebus sampai air kering. Bila air dakh kering, masukkan sedikit minyak masak tuk buat kuah sedikit kemudian goreng ayam tu. Masukkan bawang tadi dan goreng bersama ayam tadi sampai bawang layu. Akhir sekali masukkan cili merah bersama daun bawang. Kacau seketika. Dah siap!
Ni masakan survivor kalau brg dapur hampir habis hehehehe

Thursday, March 22, 2012

AIR MATA MENITIS KETIKA MENDENGAR CERAMAH Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ...



Sebak pulak bila dengar isi ceramah ni. Betul! Kesedaran macam ni harus ada bagi setiap ibu bapa. Bukan tanggungjawab untuk membesarkan anak sahaja yang patut kita fikir tetapi akhlak anak2 harus juga dibentuk dari kecil agar menjadi orang islam yang beriman. Aku bukannya pandai. Itu aku akui. Aku juga harus belajar banyak perkara supaya anak2 aku nanti bila aku tinggalkan sudah aku bekalkan dengan ilmu agama yang secukupnya.

Aku juga berharap bila aku meninggal nanti.....aku nak suami dan anak2 aku yang memandikanku, mengafankanku, menyembahyangkanku juga mengiringiku hingga ke tempat persemadianku. Selepas itu mendoakanku. Aku berharap. Pada suamiku akan kuberbuat perkara yang serupa. Jika kita berdua pula...harap2 anak2 kami pun berbuat begitu juga. InsyaAllah.

Buat masa ini....ku berdoa agar seluruh keluargaku berada di bawah lindunganNya. Amin....

Wednesday, March 21, 2012

Ya Allah!

Ya Allah! Ya Tuhanku! Kenapa baru sekarang nak sedar? My ex-officemate telah meninggal dunia kerana dilanggar lari sewaktu berbasikal pada hari Ahad yang lepas. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Al-Fatihah....

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=WitUiwJeZcA

Kemalangan

Air liur baby meleleh

Semenjak dua menjak ni air liur my bby asik meleleh jer. Nak tumbuh gigi baru ker? Tengah2 menggoogle cara2 nak redakan air liur yg asik meleh for my baby ni ai terjumpa 1 entry nih.

Akak Nursery : Ape yang Iela tak dapat masa mengandong nih..sian kat Mareesa
I: Entahlah kak,rasanya semua saya dah dapat..
Akak Nursery: Cubalah petua ni,curik garam kat rumah orang lain,amik sikit je pastu bagi baby rasa skit ..tapi jangan sampai owner garam tuh tau..nak curik kat nursery dah tak leh,sebab akak dah bagitau..hehehehehe (leh lak buat lawak)
I: InsyAllah ye kak..

Hahahaha betul ker nih? Rase mcm nak try jer kot2 menjadi.... Nampaknye kena tunggu weekendlah ni baru balik sana.